Posts

Showing posts from November, 2020

4 PERKARA YANG ADA PERLU TAHU SEBELUM PILIH FUND UNIT TRUST

Image
        Bagi seorang yang berminat dalam pelaburan, analisis adalah menjadi sesuatu yang amat penting sebelum sesuatu keputusan untuk melabur dibuat. Tak kisahlah pelaburan kecil atau besar, setiap pelaburan tanpa usul periksa pastinya mempunyai risiko yang lebih tinggi.      Begitu juga ketika anda mahu melabur di dalam unit trust. Anda kena faham bahawa branding atas nama fund dan juga nama syarikat pelaburan serta award yang dimenangi sesuatu fund itu adalah satu marketing konsep. Tetapi kenyataannya performance sesuatu fund itu tidak pun terpengaruh dengan semua perkara tadi.     Jadi hari ini, saya ingin kenalkan anda dengan beberapa perkara yang boleh anda analisa dan ambil tahu sebelum anda membuat keputusan untuk melabur. Perkara ini akan membantu anda mendapat keyakinan sebelum melabur. 1. FUND PERFORMANCE  Walaupun secara amnya sejarah di dalam sesuatu pun tidak mempengaruhi masa depan fund tersebut, tetapi dengan mengkaji fund...

Selamat tinggal INFLASI, Selamat Datang DEFLASI

Image
  Apa itu Deflasi? Deflasi adalah penurunan umum harga barang dan perkhidmatan, biasanya dikaitkan dengan pengurangan penawaran wang dan kredit dalam ekonomi. Semasa deflasi, daya beli mata wang meningkat dari masa ke masa. Memahami Deflasi Deflasi menyebabkan kos nominal modal, tenaga kerja, barang, dan perkhidmatan turun, walaupun harga relatifnya mungkin tidak berubah. Deflasi telah menjadi perhatian ramai di kalangan ahli ekonomi selama beberapa dekad. Sebaliknya, deflasi menguntungkan pengguna kerana mereka dapat membeli lebih banyak barang dan perkhidmatan dengan pendapatan nominal yang sama dari masa ke masa. Namun, tidak semua orang menang dari harga yang lebih rendah dan para ahli ekonomi sering prihatin terhadap akibat kejatuhan harga pada pelbagai sektor ekonomi, terutama dalam hal kewangan. Khususnya, deflasi boleh membahayakan peminjam, yang terikat untuk membayar hutang mereka dalam bentuk wang yang lebih bernilai daripada wang yang mereka pinjam, ini termasuklah peni...

Kelebihan Melabur Di Dalam Unit Trust

Image
Sebab pengurus bank tidak takut untuk mempromosikan unit amanah kepada pelanggan adalah disebabkan oleh 5 perkara di bawah Wang anda berada di tangan yang selamat. Walaupun pengurus dana membuat keputusan bagi pihak anda, dia tidak dapat mengakses wang anda. Struktur undang-undang telah dirancang untuk mencegah orang lain mencuri wang anda. Lembaga Perkhidmatan Kewangan mengatur unit amanah dan profesional yang membuat pilihan pelaburan untuk anda. Risiko pelaburan biasanya lebih rendah daripada jenis pelaburan lain. Unit amanah menyebarkan wang anda ke banyak pelaburan. Ini bermaksud bahawa jika satu pelaburan tidak berjaya, anda tidak akan kehilangan semua simpanan anda. Sebaliknya: jika satu pelaburan dilakukan dengan sangat baik, keseluruhan pegangan anda tidak akan meningkat nilainya sejauh itu. Jadi, ada lebih sedikit risiko, tetapi kurang pulangan. Namun, anda mempunyai keselesaan mengetahui bahawa tidak mungkin anda akan kehilangan semua wang anda secara tiba-tiba. Unit amanah ...

Persoalan Berkaitan Pelaburan Unit Trust?

Image
  Bagaimanakah unit amanah berfungsi di Malaysia? Unit amanah mengumpulkan wang dari pelabur yang berbeza ke dalam dana. Pengurus dana kemudian melaburkan dana tersebut dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon, komoditi, dan lain-lain mengikut objektif dan strategi pelaburan dana. Patut ke saya membeli unit amanah sekarang? Jawapan ringkasnya adalah ya. Unit amanah menawarkan cara yang menjimatkan untuk mengakses portfolio pelaburan yang pelbagai. Berbanding dengan membeli saham dan bon individu untuk membina portolio anda sendiri. ... Ini biasanya datang dalam bentuk yuran pengurusan tahunan yang dikurangkan dari pegangan pelaburan anda. Adakah Unit Amanah ini selamat? Unit amanah, seperti semua pelaburan, membawa unsur risiko. Sekiranya pasaran saham berprestasi rendah, nilai portfolio mereka juga akan jatuh. Di sebabkan itu sebelum membuat keputusan untuk melabur, pelabur perlu untuk berurusan dengan perunding unit trust untuk kenal pasti toleransi risiko pelabur dan kesesuai...

Asas Pengurusan Kewangan

Image
  Pengurusan kewangan adalah proses pengesanan perbelanjaan, pelaburan, penganggaran, perbankan dan penilaian cukai wang seseorang ataupun sesuatu peniagaan. Pengurusan kewangan yang baik    mempunyai teknik strategik untuk menghasilkan wang yang menghasilkan nilai output-faedah tertinggi untuk jumlah yang dibelanjakan. Namun, disebabkan pendedahan tentang kepentingan pengurusan kewangan yang rendah dikalangan kita, sebahagian besar dari kita berhadapan dengan masalah kewangan seawal usia 20an. Hari ini jom kita belajar, asas pengurusan kewangan. Di akhir artikel ini, mari kita nilai semula tahap kewangan kita dan perbaiki kelemahan dalam pengurusan kewangan kita.  Atur Kewangan Anda Menyusun kewangan anda adalah langkah pertama untuk mencipta kekayaan. Kad kredit, akaun bank, pinjaman peribadi, gadai janji, pinjaman kereta, perlaburan dan akaun persaraan harus dijejaki. Perkara-perkara asas seperti jumlah pendapatan, jumlah perbelanjaan bulanan, aset yang dimiliki d...

Apa itu Plan Pelaburan Unit Trust?

Image
Pelaburan unit trust adalah disatu pelaburan yang sangat sesuai untuk mereka yang baru-baru ingin melabur, sama ada mereka yang ingin melabur dengan modal yang terhad, mahupun buat mereka yang mempunyai lebihan simpanan. Bagi anda yang bijak, anda akan sedar yang anda tidak boleh berhadapan dengan inflasi hanya dengan menyimpan duit anda di dalam instrumen simpanan biasa tanpa pulangan yang mengatasi nilai kenaikan inflasi. Selain itu, anda juga tahu tentang kelebihan mempunyai kepelbagaian pendapatan dan pelaburan akan membantu anda mencapai impian kewangan anda dengan lebih cepat dan lebih mudah. APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG UNIT TRUST/UNIT AMANAH? ✓ Unit Trust adalah salah satu instrumen pelaburan yang bolehkan anda mempunyai portfolio pelaburan yang pelbagai dengan modal yang rendah. ✓ Unit trust adalah instrumen pelaburan yang sesuai untuk jangkamasa sederhana dan panjang dalam lingkungan 3 hingga 20 tahun. Jadi ini sesuai untuk dijadikan tabung pemilikan rumah idaman, perkah...

Pelbagaikan Simpanan Persaraan Anda

Image
Anda mempunyai pilihan dan fleksibiliti untuk mempelbagaikan portfolio persaraan anda dan meningkatkan simpanan persaraan melalui Skim Pelaburan Ahli. Melalui skim ini, ahli yang mempunyai simpanan secukupnya boleh memindahkan sebahagian dari dana dalam Akaun 1 untuk dilaburkan melalui Institusi-institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik, termasuk Syarikat Pengurusan Unit Amanah dan Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang. Bermula 1 Mei 2020, ahli KWSP yang membuat Pelaburan di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) akan menikmati pengurangan caj jualan yang dikenakan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) untuk tempoh 12 bulan sehingga 30 April 2021. Pelaburan yang dilaksanakan melalui i-Invest dalam i-Akaun (Ahli) tidak akan dikenakan sebarang caj jualan oleh IPD, manakala pelaburan yang dilaksanakan melalui ejen akan dikenakan caj  yang dikurangkan dari  sehingga 3% kepada sehingga 1.5% sahaja oleh IPD. Siapa Yang Boleh Memohon Syarat-syarat kelayakan • Warganegara Malaysia, ATAU ...

KAJI SEMULA SYARAT PENGELUARAN i-SINAR KWSP AKAUN 1

Image
      Menjadi tidak adil melebal rakyat Malaysia tidak pandai menguruskan kewangan sebagai alasan untuk tidak memberi kelonggaran untuk pengeluaran akaun 1 KWSP, lebih-lebih lagi selepas pelbagai keluh resah rakyat yang terjejas ketika pendemik Covid-19.    Selepas pelbagai pertimbangan dibuat dan diambil kira maka i-SINAR dibuat secara bersasar, bermula dengan pengumuman pengeluaran berkala RM500 sebulan ketika belanjawan tempoh hari sehinggalah syarat baru pengeluaran on off 10% sehingga RM10000, bagi memenuhi permintaan rakyat dan sekaligus memenuhi tanggungjawab kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat.    Namun, masih ada beberapa kerisauan dan keluhan didengari, persoalan demi persoalan yang keluar dari segala sudut meminta beberapa kajian dipertimbang dan diperhalusi.  Di antara persoalan yang timbul S:  Memang tujuan untuk meringankan beban mereka yang terkesan akibat penularan COVID-19, tetapi bagaimana mahu memastikan mereka...

Jenis Unit Trust Di Malaysia

Image
Regular Savings Plan  ( Plan Simpanan Berkala )     Ramai yang berfikir mahu memulakan pelaburan, tapi bila tengok modal mulalah garu kepala, kecut perut dan kemudian melupakannya, ini kerana untuk memulakan pelaburan, mereka perlu ada dana yang banyak, tapi itu cuma interpertasi mereka sahaja, sekarang melabur tidak perlukan modal yang besar pun dengan Jenis Unit Trust yang pertama ini Ragular Savings Plan.     Minima pelaburan permulaan RM500 ke RM1000 dan bulanan RM100 kini anda sudah boleh mula melabur dalam fund yang memegang saham-saham bangsawan seperti Microsoft, Facebook, Apple, Google dan Samsung. Pilih sahaja fund yang mana menepati toleransi risiko dan juga matlamat kewangan anda.    Berita baiknya lagi, sekarang ni, anda sudah tidak lagi perlu membayar pelaburan permulaan RM500 ke RM1000 tu, anda cuma perlu mulakan pelaburan dengan nilai minimum yang anda mahu simpan bermula RM100.    Dengan Unit Trust, anda tidak lagi perlu risa...

CIRI-CIRI SKIM CEPAT KAYA, JANGAN MUDAH TERTIPU

Image
       Seronoknya dengar i-SINAR dah tambah kelonggaran, ada pula pendahuluan sehingga RM10000 bagi ahli-ahli  KWSP yang layak. Terima Kasih KWSP dan pihak Kerajaan. Yang penting sekarang adalah rakyat ada duit untuk meneruskan kehidupan dan semoga kita semua dapat cepat-cepat keluar dari pendemik dan kemelut ekonomi ni.   Tapi ada perkara yang menjadi kerisauan. Perkara itu adalah, scammer atau penjenayah skim cepat kaya. Saya percaya dalam keadaan sekarang ni, yelah dalam keadaan tak ada duit ni, si penjenayah ni tentu sekali turut sama terkesan, sebab semakin susah dia nak dapatkan “mangsa”.   Lain pula ceritanya bila mereka tahu rakyat Malaysia akan dapat duit berkepuk awal tahun depan, mesti sekarang ni mereka pun dah mula dan atur strategi untuk memancing mangsa. Jadi apa yang perlu rakyat Malaysia bersedia dan tahu adalah macam mana nak kenali mereka dan cara nak hindari mereka ni.   Mula-mula sekali, rakyat Malaysia ni janganlah gelap mata...

PENGELUARAN KWSP AKAUN 1, I-SINAR

  Berita tentang pengeluaran akaun 1 KWSP adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh pencarum-pencarum KWSP.   Di dalam keadaan pendemik Covid19 dan PKPB, ramai rakyat yang terjejas terutamanya dari sumber pendapatan mereka, jadi tak hairanlah jika ramai di antara rakyat Malaysia yang begitu mengharapkan agar pengeluaran KWSP akaun 1 ini menjadi kenyataan.   Namun apabila persetujuan kerajaan memberi kelonggaran pengeluaran KWSP akaun 1 atau i-SINAR dilakukan secara bersasar dan secara bulanan RM500, di dalam belanjawan 2020, rakyat mula berbelah-bagi pendapat, ada yang bersyukur dan tak kurang juga yang mahukan lebih lagi.   Sekali lagi, keluhan rakyat didengar pihak kerajaan dan KWSP. Inisiatif ini sekali lagi dirombak dan pada 16 November 2020 yang lalu, KWSP mengumumkan satu lagi berita baik selepas memperhalusi keluhan rakyat khasnya ahli-ahli KWSP.   Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000 pada pendahuluan bulan pertama dan berkala selama...