CIRI-CIRI SKIM CEPAT KAYA, JANGAN MUDAH TERTIPU

  



   Seronoknya dengar i-SINAR dah tambah kelonggaran, ada pula pendahuluan sehingga RM10000 bagi ahli-ahli KWSP yang layak. Terima Kasih KWSP dan pihak Kerajaan. Yang penting sekarang adalah rakyat ada duit untuk meneruskan kehidupan dan semoga kita semua dapat cepat-cepat keluar dari pendemik dan kemelut ekonomi ni.

  Tapi ada perkara yang menjadi kerisauan. Perkara itu adalah, scammer atau penjenayah skim cepat kaya. Saya percaya dalam keadaan sekarang ni, yelah dalam keadaan tak ada duit ni, si penjenayah ni tentu sekali turut sama terkesan, sebab semakin susah dia nak dapatkan “mangsa”.

  Lain pula ceritanya bila mereka tahu rakyat Malaysia akan dapat duit berkepuk awal tahun depan, mesti sekarang ni mereka pun dah mula dan atur strategi untuk memancing mangsa. Jadi apa yang perlu rakyat Malaysia bersedia dan tahu adalah macam mana nak kenali mereka dan cara nak hindari mereka ni.

  Mula-mula sekali, rakyat Malaysia ni janganlah gelap mata, buta hati, lepas dapat duit itu nanti, cerahkan fikiran dengan buat perancangan kewangan sebaik mungkin. Buat sekarang perancangan tu, jadi nanti bila dapat duit tu, tahu apa yang nak dibuat, mana nak dihalakan. Kalau tidak nanti silap langkah, ke dalam poket si scammer tu pula perginya, baru masa tu menanggis air mata darah.

  Kalau ada terdetik dalam hati nak mulakan sedikit perlaburan, dapatkan rujukan dari pihak bank dan perunding unit trust yang dah dapat lesen dari pihak berkuasa berkaitan seperti FiMM sebagai contoh. Serta semak dulu nama syarikat itu dalam senari yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia. Rujuk : Semakan Dari BNM 

   Tapi ada tak ciri-ciri yang boleh kita tengok sama ada sesuatu pelaburan itu adalah skim pelaburan yang tidak sah atau termanya skim cepat kaya...?

      1. Keuntungan yang tinggi tanpa risiko. Ini adalah M.O yang paling sering digunakan mana-mana skim cepat kaya untuk menarik minat mangsa. Sebagai pelabur, kita kena sedar pelaburan adalah sesuatu yang berisiko dan terma yang betul di dalam pelaburan adalah lebih tinggi keuntungan maka lagi tinggilah risikonya.

      2. Tiada pemegang amanah, jadi secara mudahnya melabur untuk lebur dan tiada siapa yang anda boleh persalahkan selain diri anda.

      3. Transaksi menggunakan cash atau transfer kepada individu dan bukan syarikat. Yang ini memang dah sah-sah meragukan, jika dah begini pun anda masih terjebak, entahlah.

   Apa yang boleh anda lakukan sekarang adalah berhati-hati dan mula mengambil berat tentang kewangan anda, selidik sebelum melabur dan bukan menangis selepas lebur.


Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA MENGURUSKAN KEWANGAN CARA JUTAWAN (Rahsia orang kaya semakin kaya)

Persoalan Berkaitan Pelaburan Unit Trust?

Pelbagaikan Simpanan Persaraan Anda