Pelbagaikan Simpanan Persaraan Anda


Anda mempunyai pilihan dan fleksibiliti untuk mempelbagaikan portfolio persaraan anda dan meningkatkan simpanan persaraan melalui Skim Pelaburan Ahli. Melalui skim ini, ahli yang mempunyai simpanan secukupnya boleh memindahkan sebahagian dari dana dalam Akaun 1 untuk dilaburkan melalui Institusi-institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik, termasuk Syarikat Pengurusan Unit Amanah dan Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang.


Bermula 1 Mei 2020, ahli KWSP yang membuat Pelaburan di bawah Skim Pelaburan Ahli (SPA) akan menikmati pengurangan caj jualan yang dikenakan oleh Institusi Pengurusan Dana (IPD) untuk tempoh 12 bulan sehingga 30 April 2021. Pelaburan yang dilaksanakan melalui i-Invest dalam i-Akaun (Ahli) tidak akan dikenakan sebarang caj jualan oleh IPD, manakala pelaburan yang dilaksanakan melalui ejen akan dikenakan caj  yang dikurangkan dari  sehingga 3% kepada sehingga 1.5% sahaja oleh IPD.


Siapa Yang Boleh Memohon

Syarat-syarat kelayakan


• Warganegara Malaysia,

ATAU

Penduduk Tetap (PR)

ATAU

Bukan Warganegara (Berdaftar sebagai ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)

• Umur 55 tahun ke bawah

• Mempunyai simpanan KWSP yang secukupnya

• Permohonan melalui kaunter/agen IPD atau i-Akaun (Ahli)


Kepentingan Simpanan Asas


Simpanan Asas ialah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada umur 55 tahun. Simpanan Asas ini membolehkan ahli memperolehi jumlah minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi membiayai keperluan asas persaraan apabila bersara kelak, selama 20 tahun bermula daripada umur 55 tahun hingga 75 tahun, iaitu selaras dengan jangka hayat penduduk Malaysia.


Ahli boleh melaburkan simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik. Kuantum terbaharu Simpanan Asas Skim Pelaburan Ahli (SPA) telah dilaksanakan mulai 1 Januari 2019


 APA YANG ANDA PERLU TAHU

•Pelaburan hanya boleh dibuat sama ada melalui IPD yang dilantik oleh KWSP atau IUTA yang terlibat.

•Permohonan pelaburan boleh dibuat secara manual melalui ejen/kaunter IPD atau dalam talian melalui i-Akaun (Ahli).

•Permohonan yang telah dihantar kepada KWSP melalui IPD/IUTA atau secara dalam talian melalui i-Akaun (Ahli) tidak boleh dibatalkan.

•Permohonan pelaburan boleh dibuat pada bila-bila masa dalam pelbagai dana unit amanah/pelbagai IPD yang dilantik oleh KWSP selagi ahli mempunyai amaun kelayakan pelaburan.

•Amaun kelayakan pelaburan akan dikemaskini setiap 3 bulan.

•Ahli tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.

•Ahli bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan yang dibuat. KWSP tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian.

•Ahli diingatkan supaya membaca dan memahami secara menyeluruh Dokumen Dana daripada IPD sebelum membuat keputusan untuk melabur.

•Ahli tidak akan memperolehi sebarang dividen yang diisytiharkan oleh KWSP ke atas amaun yang dilaburkan.

•Amaun yang dipindahkan kepada IPD tidak tertakluk kepada penamaan yang dibuat oleh ahli di KWSP.

•Bagi ahli berumur bawah 55 tahun, sekiranya ahli menjual pelaburan berkenaan atau IPD ditamatkan di bawah SPA, IPD akan mengembalikan semua hasil jualan pelaburan kepada KWSP.

•KWSP akan melepaskan kawalan terhadap pelaburan di IPD apabila ahli mencapai umur 55 tahun atau ahli/waris ahli membuat pengeluaran kesemua simpanan. Sebarang urusan pelaburan adalah di antara ahli/waris ahli dan IPD. Hasil jualan pelaburan ahli tidak akan dikembalikan semula kepada KWSP apabila pelaburan tersebut dijual.

•Ahli yang telah memilih pelaburan ke Unit Amanah dalam produk patuh syariah yang disenaraikan oleh KWSP.

•Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP, tetapi ahli adalah diingatkan bahawa terdapat caj yang dikenakan oleh IPD/IUTA kepada ahli yang melabur.

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA MENGURUSKAN KEWANGAN CARA JUTAWAN (Rahsia orang kaya semakin kaya)

Persoalan Berkaitan Pelaburan Unit Trust?