4 PERKARA YANG ADA PERLU TAHU SEBELUM PILIH FUND UNIT TRUST
Bagi seorang yang berminat dalam pelaburan, analisis adalah menjadi sesuatu yang amat penting sebelum sesuatu keputusan untuk melabur dibuat. Tak kisahlah pelaburan kecil atau besar, setiap pelaburan tanpa usul periksa pastinya mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Begitu juga ketika anda mahu melabur di dalam unit trust. Anda kena faham bahawa branding atas nama fund dan juga nama syarikat pelaburan serta award yang dimenangi sesuatu fund itu adalah satu marketing konsep. Tetapi kenyataannya performance sesuatu fund itu tidak pun terpengaruh dengan semua perkara tadi.
Jadi hari ini, saya ingin kenalkan anda dengan beberapa perkara yang boleh anda analisa dan ambil tahu sebelum anda membuat keputusan untuk melabur. Perkara ini akan membantu anda mendapat keyakinan sebelum melabur.
1. FUND PERFORMANCE
Walaupun secara amnya sejarah di dalam sesuatu pun tidak mempengaruhi masa depan fund tersebut, tetapi dengan mengkaji fund performance kita boleh lihat perjalanan fund tersebut berbanding fund lain. Serta melihat kebolehan fund tersebut mengharungi sesuatu kemelut ekonomi, contoh kegawatan, politik dan pendemik seperti baru-baru ini. Dari performance fund kita boleh lihat turun naik dan perjalanan itu sama ada ianya kalis ekonomi dan sebagainya.
2. FUND OBJECTIVE
Di dalam fund objective, kita boleh lihat tujuan fund tersebut diwujudkan. Dengan fund objective kita boleh menjangkakan peningkatan modal untuk menjana pendapatan. Pengurus dana memutuskan strategi pelaburan dana (untuk mencapai objektif pelaburan) dan aset apa yang hendak dibeli atau dijual. Dana dengan objektif pelaburan yang sama boleh menggunakan strategi pelaburan yang berbeza untuk mencapai tujuan yang sama.
3. FUND INVESTMENT PORTFOLIO
Seperti yang kebanyakan kita tahu, fund unit trust ini akan melabur dalam pelbagai sektor. Dari portfolio pelaburan ini, kita boleh lihat dekat mana pecahan pelaburan ini akan dilaburkan, di dalam sektor yang mana dan syarikat yang mana. Bagi seorang pelabur, mengetahui perkara ini adalah sangat penting, kerana ini pastinya akan mempengaruhi keuntungan pelaburan anda di masa akan datang.
4. RISIKO
High risk High return, Lower risk Lower return. Menganggarkan risiko amat penting dalam sesuatu pelaburan, begitu juga pelaburan unit trust. Mengenal risiko sesuatu fund akan membantu anda dalam membuat keputusan dan membantu kami sebagai perunding unit trust untuk menyesuaikan fund dengan toleransi risiko seseorang pelabur.
DI MANA BOLEH SAYA LIHAT SEMUA PERKARA DI ATAS ?
Setiap syarikat unit trust akan menyediakan laporan fund mereka sebagai rujukan pelabur baru dan juga pelabur sedia ada. Laporan ini dipanggil Prospectus. Biasanya sekarang prospectus ini pelabur boleh download dari laman web syarikat unit trust. Namun prospectus ini sangat detial dan sering kali sukar untuk difahami oleh orang biasa yang belum ada pengalaman di dalam pelaburan.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan, adalah dengan merujuk kepada perunding unit trust anda dan minta mereka berikan kepada ada Fund Fact Sheet. Minta sekali perunding unit trust anda untuk menerangkan Fund Fact Sheet itu kepada anda, biasanya perkhidmatan ini diberi percuma kepada pelabur-pelabur baru.
Perkara lain yang anda boleh perhatikan di dalam fund fact sheet ini adalah servis caj, pelaburan minimum, usia fund tersebut dan juga sejarah return atau di sebut sebagai distribution.
DAPATKAN MAKLUMAT FUND YANG UNIT TRUST CONSULTANT JOHOR BAHRU TAWARKAN, HARI INI.
Comments
Post a Comment