PENGELUARAN KWSP AKAUN 1, I-SINAR

  Berita tentang pengeluaran akaun 1 KWSP adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh pencarum-pencarum KWSP.

  Di dalam keadaan pendemik Covid19 dan PKPB, ramai rakyat yang terjejas terutamanya dari sumber pendapatan mereka, jadi tak hairanlah jika ramai di antara rakyat Malaysia yang begitu mengharapkan agar pengeluaran KWSP akaun 1 ini menjadi kenyataan.

  Namun apabila persetujuan kerajaan memberi kelonggaran pengeluaran KWSP akaun 1 atau i-SINAR dilakukan secara bersasar dan secara bulanan RM500, di dalam belanjawan 2020, rakyat mula berbelah-bagi pendapat, ada yang bersyukur dan tak kurang juga yang mahukan lebih lagi.

  Sekali lagi, keluhan rakyat didengar pihak kerajaan dan KWSP. Inisiatif ini sekali lagi dirombak dan pada 16 November 2020 yang lalu, KWSP mengumumkan satu lagi berita baik selepas memperhalusi keluhan rakyat khasnya ahli-ahli KWSP.

  Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000 pada pendahuluan bulan pertama dan berkala selama 6bulan.

  Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

  Adakah semua rakyat berpuasa hati? Tentu sekali tidak, kerana ada yang tidak yakin dengan kelayakan mereka mula mengeluh, kerana kalau diikutkan majoriti ahli KWSP adalah dikalangan kakitangan swasta yang tentunya berhadapan dengan cabaran dan tekanan kewangan ketika PKP ini.

  Jadi, apakah yang patut dilakukan, adakah KWSP sepatutnya sekali lagi merombak syarat pengeluaran i-SINAR dan memberinya kepada pencarum yang sebelum ini sudah memohon I-LESTARI?

  Rujukan : https://www.kwsp.gov.my/ms/-/i-sinar-enables-2-million-affected-members-access-to-account-1


Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA MENGURUSKAN KEWANGAN CARA JUTAWAN (Rahsia orang kaya semakin kaya)

Persoalan Berkaitan Pelaburan Unit Trust?

Pelbagaikan Simpanan Persaraan Anda