Apa itu Plan Pelaburan Unit Trust?


Pelaburan unit trust adalah disatu pelaburan yang sangat sesuai untuk mereka yang baru-baru ingin melabur, sama ada mereka yang ingin melabur dengan modal yang terhad, mahupun buat mereka yang mempunyai lebihan simpanan.

Bagi anda yang bijak, anda akan sedar yang anda tidak boleh berhadapan dengan inflasi hanya dengan menyimpan duit anda di dalam instrumen simpanan biasa tanpa pulangan yang mengatasi nilai kenaikan inflasi.

Selain itu, anda juga tahu tentang kelebihan mempunyai kepelbagaian pendapatan dan pelaburan akan membantu anda mencapai impian kewangan anda dengan lebih cepat dan lebih mudah.

APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG UNIT TRUST/UNIT AMANAH?

✓ Unit Trust adalah salah satu instrumen pelaburan yang bolehkan anda mempunyai portfolio pelaburan yang pelbagai dengan modal yang rendah.

✓ Unit trust adalah instrumen pelaburan yang sesuai untuk jangkamasa sederhana dan panjang dalam lingkungan 3 hingga 20 tahun. Jadi ini sesuai untuk dijadikan tabung pemilikan rumah idaman, perkahwinan, pendidikan dan persaraan.

✓ Boleh pilih untuk melabur menggunakan tunai sekaligus, tunai berkala (RSP) atau simpanan akaun 1 KWSP (bagi yang layak).

✓ Apabila anda melabur ke dalam sesuatu fund yang ada di dalam syarikat unit amanah, anda tidak membeli saham syarikat tersebut tetapi sebaliknya anda membeli sebahagian saham-saham yang ada di dalam fund itu sendiri.

✓ Pelaburan anda akan diuruskan oleh pengurus unit trust yang dilantik oleh syarikat unit trust.

BERAPAKAH PULANGAN YANG BOLEH DIJANGKA?

Seperti mana-mana pelaburan saham, pasti ada turun naik, rugi dan untungnya dan tiada siapa yang boleh menjangka pasaran masa hadapan.

Jadi bagi menjawab persoalan berapakah pulangan yang boleh dijangka, ianya bergantung kepada turun naik saham di dalam fund yang anda pilih.

Mengikut prestasi masa lalu antara anggaran 8% hingga 12% setahun. Namun ditekankan di sini, prestasi pelaburan masa lalu tidak boleh dianggap sebagai keuntungan masa hadapan.

BERAPAKAH CAJ PERKHIDMATAN YANG DIKENAKAN?

Caj permulaan yang dikenakan adalah di antara 1.5% sehingga 5% mengikut syarikat dan fund unit trust yang dipilih. 

JIKA SAYA INGIN MELABUR, APAKAH YANG PERLU SAYA LAKUKAN?

Anda boleh rujuk syarikat Unit Trust atau hubungi Unit Trust Consultant yang berdaftar. Perlu dapatkan pengesahan seperti kad kuasa sebagai perunding unit trust yang sah dari FiMM atau nombor ahli FiMM yang boleh disemak di laman web rasmi FiMM untuk kepastian 

Anda juga boleh klik Perunding Unit Trust Johor Bahru untuk maklumat lanjut. Semoga dapat membantu anda.


Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA MENGURUSKAN KEWANGAN CARA JUTAWAN (Rahsia orang kaya semakin kaya)

Persoalan Berkaitan Pelaburan Unit Trust?

Pelbagaikan Simpanan Persaraan Anda