Jenis Unit Trust Di Malaysia
Regular Savings Plan ( Plan Simpanan Berkala )
Ramai yang berfikir mahu memulakan pelaburan, tapi bila tengok modal mulalah garu kepala, kecut perut dan kemudian melupakannya, ini kerana untuk memulakan pelaburan, mereka perlu ada dana yang banyak, tapi itu cuma interpertasi mereka sahaja, sekarang melabur tidak perlukan modal yang besar pun dengan Jenis Unit Trust yang pertama ini Ragular Savings Plan.
Minima pelaburan permulaan RM500 ke RM1000 dan bulanan RM100 kini anda sudah boleh mula melabur dalam fund yang memegang saham-saham bangsawan seperti Microsoft, Facebook, Apple, Google dan Samsung. Pilih sahaja fund yang mana menepati toleransi risiko dan juga matlamat kewangan anda.
Berita baiknya lagi, sekarang ni, anda sudah tidak lagi perlu membayar pelaburan permulaan RM500 ke RM1000 tu, anda cuma perlu mulakan pelaburan dengan nilai minimum yang anda mahu simpan bermula RM100.
Dengan Unit Trust, anda tidak lagi perlu risau untuk membuat analisis setiap hari untuk melihat perkembangan dan menjangka naik turun saham. Anda cuma perlu melabur dan pengurus unit trust yang berpengalaman akan menguruskan pelaburan anda.
Selain itu, sebagai pelabur berkala, anda mendapat kelebihan kos purata ringgit yang tentunya memudahakan anda melabur, tidak perlu lagi menjangka harga pasaran. Mudah dan tidak memeningkan kepala.
Apa yang anda perlu buat cuma perlu merujuk kepada Perunding Unit Trust Anda dan kemudian berbincang tentang kewangan anda, risiko dan matlamat kewangan anda, seterusnya memilih fund yang sesuai dan mula melabur, mudah sahaja, kan?
JOM MULA MELABUR HARI INI , hubungi Perunding Unit Trust Johor Bahru
Comments
Post a Comment