Kesan selepas pengeluaran I-Lestari dan i-Sinar

 


Rata-rata rakyat Malaysia sudah pun mengambil peluang yang julung-julung kalinya diberikan kerajaan, iaitu pengeluaran awal sebahagian wang persaraan KWSP mereka melalui program I-Lestari dan i-Sinar.


      Bila fikirkan semula, suka atau tidak, ketika diberikan peluang itu, rakyat ramai sudah terkesan teruk akibat dari pandemik Covid19. Gelombang satu, dua dan tiga.. di tambah dengan PKP, PKPB dan pelbagai PKPP yang lainnya, seolah-olah tiada berpenghujung.


     Tidak hairanlah jika setiap lapisan masyarakat yang terlibat tidak kira yang terjejas teruk atau tidak, memilih untuk mengambil peluang membuat pengeluaran awal sebahagian daripada wang persaraan KWSP mereka.

     

    Namun begitu, sama ada tahu atau tidak atau mungkin memilih untuk tidak ambil tahu, pengeluaran awal sebahagian wang persaraan KWSP itu adalah bersyarat. Mereka yang masih mencarum dengan KWSP perlu "top up" semula akaun 1, KWSP mereka melalui potongan gaji. 

     

     Jika dahulu potongan antara 8 hingga 11% dari gaji akan dimasukkan dibahagi dua, di mana sebahagian ke dalam akaun 1 dan sebahagian lagi ke dalam akaun 2. Tetapi kini, potongan itu akan terus masuk ke dalam akaun 1 terus sehingga mencapai had simpanan asas.


    Berapa lama perkara ini akan berlaku bergantung kepada berapa jumlah potongan dan jumlah pengeluaran i-sinar yang dibuat, dan sepanjang masa itu, tiada potongan akan dilakukan untuk tambah wang simpanan akaun 2. Jangan lupa akaun 2 KWSP juga ada pengurangan akibat pengeluaran I-Lestari.


    Ini akan memberi impak besar kepada rakyat Malaysia terutamanya apabila mereka mahu membeli rumah.


    Hari ini, kita akan kupas apa kesan pengeluaran tersebut dan apa pula tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan bebanan kesan itu ke atas kewangan rakyat Malaysia yang terlibat untuk jangkamasa panjang.


1. Pengeluaran KWSP untuk deposit perumahan.

- Kini rakyat Malaysia terutamanya yang masih muda, berhadapan dengan tekanan untuk memiliki rumah sendiri. Ini kerana mereka perlu mengumpul dana sendiri untuk menjelaskan deposit rumah mereka.


    Ditambah pula dengan harga rumah yang semakin tinggi, ini tentunya sangat membebankan. 


2. Pengeluaran KWSP untuk ansuran bulanan rumah.

- Selepas tamat moratorium yang diberikan oleh pihak bank dan kerajaan, rakyat yang membuat pengeluaran I-Lestari dan i-Sinar akan mula berhadapan masalah untuk menjelaskan hutang mereka seperti loan kereta dan rumah.


   Jika dulu, mereka boleh memohon untuk membayar ansuran menggunakan KWSP akaun 2, kini tidak lagi kerana kebanyakan mereka jadi tidak layak memenuhi syarat had asas simpanan KWSP selepas membuat pengeluaran I-Lestari dan i-Sinar.


3. Simpanan asas Persaraan tidak mencukupi untuk menampung kos selepas persaraan.

- Sebelum I-Lestari dan i-Sinar lagi, 60% rakyat Malaysia tidak mencapai had simpanan asas Persaraan KWSP, selepas pengeluaran tentunya perkara ini menjadi semakin teruk.


Jadi apa yang perlu kita sebagai rakyat yang bijak perlu dilakukan dan berkira-kira untuk mengurangkan tekanan kesan ini nanti?

Comments

Popular posts from this blog

RAHSIA MENGURUSKAN KEWANGAN CARA JUTAWAN (Rahsia orang kaya semakin kaya)

Persoalan Berkaitan Pelaburan Unit Trust?

Pelbagaikan Simpanan Persaraan Anda