RAHSIA MENGURUSKAN KEWANGAN CARA JUTAWAN (Rahsia orang kaya semakin kaya)
“ EARN AS MUCH AS YOU CAN, SAVE AS MUCH AS YOU CAN, INVEST AS MUCH AS YOU CAN AND GIVE AS MUCH AS YOU CAN”
Rata-rata semua faham dengan apa yang cuba disampaikan dalam quote di atas ni. Tapi apa kata kita cuba huraikan setiap satu inti patinya supaya kita lebih faham dan selepas itu ambil tindakan. Tapi percayalah anda akan rasa perkara ini tidak mudah untuk dilakukan dan mungkin ada sesetengah akan rasa tidak masuk akal. Namun itulah sebabnya tidak ramai yang dapat keluar dari “rat race” kewangan.
1. Earn as much as you can
Pelbagaikan sumber rezeki anda. Caranya adalah dengan menggunakan kemahiran dan ilmu yang kita ada ditempat yang betul agar kita dapat pendapatan yang maksimum. Ini merupakan asas pertama dalam pengurusan kewangan. Kita harus pandai menilai ilmu dan kemahiran kita. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada cara tradisi memperdagangkan masa dan usia kita untuk mendapatkan duit. Itu kerana masa dan usia kita adalah sumber yang tidak dapat kita perbaharui.
Saya bagi contoh. Seorang pekerja biasa bergaji RM3000 dengan berkerja selama 26 hari sebulan, bekerja selama 8jam sehari, dia hanya boleh dapat lebih kurang RM 15 sahaja sejam. Tapi seorang jurugambar professional majlis perkahwinan boleh caj RM700 - RM1000 untuk 4 ke 5jam satu sesi fotografi.
Simpan semaksimum yang boleh. Kita menganggap menyimpan bukan perkara yang utama dan satu perkara yang sangat tidak seronok. Jadi untuk berdisplin menyimpan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Apatah lagi bila saya katakan kita perlu menyimpan sebanyak mungkin dari pendapatan kita. Lagi rasa “burn out” dan tak seronok nak terus baca, kan? Dah timbul rasa tak masuk akal. Tapi saya cadangkan anda terus membaca, kerana ada logiknya di dalam pengisian seterusnya.
Rasa penat dan tak seronok menyimpan ini biasa timbul sebab masa yang kita ambil untuk capai sesuatu matlamat kewangan itu terlalu lama. Katakan kita mahu mencapai satu matlamat kewangan RM10ribu. Jika kita yang bergaji RM3000 sebulan menyimpan 10% dari gaji kita bersamaan RM300 sebulan, maka kita akan capai matlamat kewangan itu selepas 34 bulan atau lebih kurang 3 tahun dan itu bukan satu jangkamasa yang pendek untuk kita kekal istiqomah menyimpan.
Tapi kalau kita menyimpan RM1000 sebulan, kita cuma perlu 10 bulan untuk capai matlamat kewangan kita tu. Sebab itu menyimpan semaksimum mungkin merupakan cara terbaik dalam sesuatu pengurusan kewangan.
Gunakan teknik autosaving supaya kita tidak culas menyimpan. Banyak bank yang menyediakan perkhidmatan simpanan secara automatik ini. Rujuk bank simpanan anda. Mereka pasti boleh membantu anda untuk menguruskan simpanan anda.
3. Invest as much as you can.
Melabur sebanyak yang anda boleh. Bila bercakap tentang melabur ni, bunyinya persis macam cerita hantu. Kalau tak pernah jumpa hantu, mesti kata pernah dengar atau kenal orang yang pernah jumpa hantu, entah ye entahkan tidak. Begitu juga ceritanya bila bercakap tentang melabur ni. Kalau tak pernah kena tipu atau rugi melabur, mesti pernah dengar atau ada kenalan yang kena tipu dan rugi melabur. Jadinya takut nak melabur walaupun sedikit, inikan pula nak melabur banyak.
Melabur bukanlah sesuatu yang begitu menakutkan, yang penting sekali kita kena ada ilmu dan pandai menguruskan risiko. Melabur ditempat yang betul dan masa yang betul. Bila kita tahu ilmu kita tentang pelaburan tidak tinggi dan toleransi kehilangan modal kita tidak tinggi, jangan pula kita pergi melabur ke dalam pelaburan yang tinggi risikonya. Mulakan dengar pelaburan biasa yang kurang risiko seperti ASB, Tabung Haji, KPF, fix deposit, capital guarantee investment dan Unit Trust.
Bila dah ada modal, dah terbiasa dan ada ilmu, guna modal keuntungan dari investment sebelum ini untuk tingkatkan modal dan melabur ke dalam pelaburan yang ada risiko lebih tinggi. Tapi ingat jangan TAMAK. Dalam pelaburan yang tamak yang akan selalu rugi. Ingat tu.
4. Give as much as you can
Memberi sebanyak yang boleh ini bukanlah sekadar bersedekah. Tetapi dalam skop yang lebih besar lagi. Saya cuba kupas satu-satu. Supaya kita lebih faham dan jelas macam mana dan mengapa memberi sebanyak mungkin menjadi salah satu cara orang kaya menguruskan duit mereka.
- Nafkah - menyediakan nafkah yang banyak untuk keluarga kita kira sebagai komitmen yang akan motivate kita untuk berusaha untuk buat duit lebih banyak. Kalau tidak kita pasti akan mudah selesa dengan apa yang ada sahaja.
- Hibah - menyediakan hibah atau pewarisan. Ini boleh kata tanda kasih sayang kita kepada keluarga, tanda kita ingat kepada mereka. Bagi orang kaya, mereka sediakan ini dalam bentuk takaful. Secara tidak langsung mereka dapat potong cukai mereka dan jika mereka panjang umur mereka akan menikmati maturity benefit dari takaful mereka.
- Zakat dan sedekah - sebagai islam, dua perkara ini menyuci dan menyubur harta.
- Modal - memberi modal kepada perniagaan baru, yang berdaya saing. Pernah tengok cerita “shark tank” ?. Itu juga salah satu yang termasuk dalam konsep memberi ini. Kerana orang yang kaya mereka melabur kepada mereka yang membawa perniagaan dan idea baru, untuk memperluaskan lagi perniagaan dan menambah keuntungan mereka.
- Ilmu - memberi ilmu kepada orang lain, sebanyak mungkin. Ilmu adalah satu bentuk matawang yang berguna dimana-mana sahaja. Ilmu pelaburan, ilmu hartanah, ilmu perniagaan dan pelbagai lagi bentuk ilmu boleh kita berikan kepada orang yang memerlukan berulang kali tanpa mengurangkan ilmu kita tu. Jadi bagi orang kaya, ilmu adalah pelaburan yang sangat menguntungkan.
Sudah saya nyatakan, konsep ini mungkin sukar untuk diterima dan dihadam. Tapi ini adalah rahsia orang kaya menguruskan kewangan mereka. Bunyi tak masuk akal itu yang buat tidak ramai orang yang boleh kaya, betul-betul menjadi kaya.
=== JOM GANDAKAN SIMPANAN ANDA DENGAN UNIT TRUST===klik sini Perunding Unit Trust Anda
=== KINI HANYA SERENDAH RM 100 sebulan, tanpa pelaburan permulaan (tempoh terhad) === klik sini Perunding Unit Trust Anda
Comments
Post a Comment